Permohonan Protege Di TNB 2020 – Elaun Sebanyak RM2,000 Sebulan

Photo of author

By Admin

PROTEGE%2BTNB






Berikut dikongsikan beberapa maklumat lanjut tentang program tersebut serta syarat kelayakan. Portal My Kerja! ialah laman rasmi untuk mengiklankan iklan jawatan kosong diseluruh negeri.

Program protege TNB kini dibuka, permohonan boleh dibuat melalui online di portal rasmi TNB. 


APA ITU PROTEGE TNB

  1. Ianya dulunya dikenali sebagai SL1M. 
  2. Untuk meningkatkan peluang pekerjaan peserta sama ada sebagai usahawan atau pekerja dengan entrpreneurial thinking sambil mendedahkan dengan asas keusahawanan (entrepreneurship mindsetting) melalui latihan intensif bersama Host Company.
  3. Latihan softskills – 1 minggu di ILSAS (Bangi) & 5 bulan 3 minggu OJT (di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia)
  4. Melalui program ini, peserta akan dilatih dengan pelbagai ilmu softskills selama seminggu di ILSAS (Bangi).
  5. Peserta kemudiannya akan dihantar menjalani OJT selama 5 bulan 3 minggu di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.
  6. Elaun RM2,000 sebulan turut disediakan. 


KELAYAKAN & SYARAT:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
  3. SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  4. Had umur tidak melebihi 28 tahun.
  5. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  6. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
  7. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  8. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga).
  9. Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.




KELEBIHAN & FAEDAH

  1. Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  2. Kelayakan cuti sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan.
  3. Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan.
  4. Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan. Cuti MC 3 hari. 



BAGAIMANA MEMOHON:

Untuk memohon sila isi dan lengkapkan borang permohonan secara online di sini.







Leave a Comment