Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Kini Dibuka

Photo of author

By Admin

COVID 19%2B %2BZAKAT%2BSELANGOR




Kita semua tahu yang wabak COVID-19 yang melanda negara kita telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia terutamanya dari segi kewangan. Oleh dengan itu, Lembaga Zakat Selangor telah mengeluarkan bantuan khas COVID-19 bagi meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak yang tidak diingini ini.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk golongan yang berada di golongan B40 (contohnya, penjaja, peniaga kecil, pekerja dan individu) yang telah terjejas sumber pendapatan akibat daripada PKP.


Objektif Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor

  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.





Syarat-syarat Permohonan

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  • Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
  • Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.


2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.


3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja. 



Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan Khas COVID-19?

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS





Siapakah Yang Layak Untuk Membuat Permohonan ?

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.





Bilakah Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas COVID-19 ?

  1. Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan.
  2. Untuk mengetahui dengan lebih info berkaitan bantuan dan borang permohonan sila klik sini







3 thoughts on “Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Kini Dibuka”

Leave a Comment