Breaking

Pengeluaran I-Lestari KWSP Secara Online, Pembayaran RM500 Sesi Jun 2020


Bagi ahli yang sudah memohon i-Lestari dan Lulus permohonan, bayaran untuk bulan pertama akan dikreditkan untuk kedalam akaun bank pemohon bermula pada 4 Mei 2020 dan bulan kedua pada 1 Jun 2020.

Berikut merupakan tarikh kredit pembayaran yang diterima oleh pencarum: 


Manakala untuk pembayaran Julai akan mula dikreditkan ke akaun mengikut pada tarikh pembayaran yang ditetapkan oleh KWSP. Pemohon boleh memeriksa status pengeluaran apabila bayaran dikreditkan ke akaun anda.

Pengeluaran i-Lestari


Kita mungkin sudah tahu bahawa konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 2 sahaja.

Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

 Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari


Permohonan pengeluaran i-Lestari yang telah lulus boleh dibuat secara online melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana berikut:


Permohonan i-Lestari Online KWSP Pengeluaran Wang Akaun 2


Isi Borang Pengeuaran i-Lestari Secara Online

1. Layari KWSP online. Klik permohonan baru.


2. Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.



3. Tandakan semua checkbox yang ada dan klik hantar 


4. Bagi yang ingin semak status i-Lestari, klik semak status permohonan di halaman utama i-Lestari 


Sila pastikan nama dan maklumat yang diminta diisi dengan betul dan tepat. Permohonan melalui emel/pos akan mengambil masa bagi memastikan butirannya betul dan tepat. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui semasa ke semasa.

No comments:

Powered by Blogger.