Bantuan JKM 2021 : Semakan Dan Senarai Penerima Layak, Cara Memohon Bantuan Bulanan
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Semakan Bayaran Bantuan Bulanan JKM
1. Layari laman web jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan
Senarai Penerima Bantuan Yang Layak
1. Bantuan Kanak-kanak (BKK) :
- Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak. 2. Bantuan Orang Tua :
- RM350 sebulan seorang. 3. Elaun Pekerja Cacat :
- RM400 sebulan seorang.4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja :
- RM250 seorang sebulan.
5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Kronik
- RM350 sebulan seorang.
Cara Memohon Bantuan Secara Online
1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut : klik sini
2. Seterusnya, anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri.
3. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang diberikan.
4. Isikan borang yang berkaitan.
5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Borang Permohonan Bantuan JKM 2021
Klik Pautan Yang Tersedia Dibawah :
1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) 2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuatHubungi ibu pejabat JKM melalui talian : 03 – 8000 8000
Atau
Atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
Saya nak tanya yang bantuan am untuk bulan 1 2021 bila masuk dalam akaun bank
ReplyDeleteXmsuk
DeleteBantuan bkk bln 1 2021 bila dpt yer ..adakah x layak setelah kemaskini thun lpas dpt
ReplyDeleteSy check dlm bank x masuk lg duit alaun perkeje cacat kenapa yea
DeleteSaya nak tanya yang Bantuan AM untuk bulan Feb 2021 bila masuk dalam akaun bank yang bagi OKU
DeleteOku
Deletegaji lebih 1500 bawah 1900....layak kah mohon EPC?
ReplyDelete