Skim Rumah Pertamaku : Cara Buat Permohonan Pinjaman 110% Tanpa Deposit
Skim Rumah Pertamaku
SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.Syarat Pemohon Yang Layak
1. Warganegara Malaysia sahaja2. Pembeli rumah pertama
3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
4. Pemohon individu atau bersama
5. Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
- Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
- Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
Keperluan Pembiayaan
1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan2. Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
4. Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
- Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
- Tempoh moratorium selama 5 tahun
Harta Yang Layak
1. Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam MalaysiaNilai maksimum hartanah RM500,000
2. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Bank Yang Terlibat
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari portal rasmi SRP disini
/
Untuk rujuk soalan lazim berkaitan SRP Dan Pinjaman Tanpa Deposit klik sini
/
Atau hubungi bank-bank yang terlibat disenarai diatas.
No comments: