Bantuan Subsidi RM300 Pembelian Telefon Pintar Untuk Pembelajaran Anak Dirumah
Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini bantuan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180 namun, setelah pengumuman PEMERKASA oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini, bantuan subsidi pembelian telefon pintar telah dinaikkan ke RM300.
Bantuan subsidi telefon pintar RM300 ini adalah untuk memudahkan lagi pembelajaran anak-anak untuk belajar dan menjalankan pembelajaran semasa musim persekolahan di rumah.
Dengan adanya bantuan untuk membeli telefon pintar atau peranti ini sedikit sebanyak dapat melancarkan dan meringankan beban ibubapa dalam menyediakan telefon atau peranti untuk pembelajaran anak mereka.
Subsidi Pembelian Telefon Pintar RM300
Bantuan RM300 ini akan diterima oleh lapan juta dari golongan B40 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai pembelian telefon pintar baru atau pembelian peranti baru.Perdana Menteri juga menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan
Kategori Yang Layak
Di bawah pakej PEMERKASA, kerajaan akan memberikan RM300 khusus untukIsi rumah yang mempunyai anak bersekolah
Tarikh Pemberian Bantuan
Program subsidi ini dijangka akan dilancarkan pada awal bulan Mei 2021Individu dan isi rumah yang layak boleh memohon bantuan ini bernilai RM300. Setiap maklumat atau permohonan mengenai bantuan RM300 ini akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Kredit : JawatanHarian
No comments: