I-Citra : Pembayaran KWSP I-Citra Bermula Pada Oktober Ini.
Berita baik kepada semua pemohon i-Citra, sebentar tadi KWSP telah mengeluarkan satu pengumuman berkaitan i-Citra bulan oktober.
Berikut kami kongsikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan pembayaran i-Citra bulan oktober ini dan juga I-Sinar. Semoga bermanfaat!
i-Citra Dibayar Oktober
Menurut pengumuman yang dikongsikan melalui laman rasmi Facebook mereka, bayaran bagi i-Citra pada bulan oktober akan dibayar mula 1 Oktober ini.Disamping itu, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari BEKERJA bergantung kepada prosedur bank.
I-Sinar Dibayar September
Selain pengumuman berkaitan dengan i-citra, kwsp juga ada mengeluarkan postingan berkaitan dengan i-Sinar.Bayaran i-Sinar akan dibayar pada 27 September 2021 ini.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari BEKERJA bergantung kepada prosedur bank.
Cara Mohon I-Citra
Untuk permohonan i-Citra KWSP, anda boleh lihat cara-caranya di bawah :- Klik https://icitra.kwsp.gov.my/
- Masukkan Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda.
- Isi semua maklumat peribadi anda.
- Tunggu untuk proses kelulusan.
No comments: