Bantuan Kehilangan Pendapatan Sebanyak RM500 -Bantuan Tunai Diagihkan Secara ‘One-Off’

Photo of author

By Admin

Untitled 1

Perdana Menteri, iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan tentang pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan untuk tahun 2021. Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang memberi bantuan secara kewangan dengan jumlah sebanyak RM500 kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat kelayakan.

Bantuan ini akan diberikan bermula pada 26 Oktober 2021.

Terdapat 800,000 jumlah penerima yang akan menerima manfaat dalam BKP ini.

Pembayaran wang tunai sebanyak RM500 ini akan diagihkan secara one-off.

Penerima BKP adalah berdasarkan data individu yang terdapat dalam data Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan PERKESO.




Permohonan BKP 2021 

Untuk makluman anda, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan dan tiada permohonan yang akan dibuka untuk bantuan ini disebabkan mereka yang memenuhi syarat dan layak akan menjadi penerima bantuan ini secara automatik.

Ada dua kriteria kelayakan untuk menerima BKP iaitu:

image




Semakan Status Kelayakan BKP 2021 

1. Semakan status untuk BKP boleh disemak dalam laman web ini: https://bkp.hasil.gov.my/

image
PAPARAN SKRIN BKP

2. Setelah buka laman web dan ada paparan seperti di atas, sila masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan kelayakan.

3. Pembayaran akan diagihkan terus ke dalam akaun bank yang pernah didaftarkan dalam bantuan kerajaan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin (GKP).




Tarikh Dan Jumlah Pembayaran 

Pembayaran bantuan ini akan diagihkan pada 26 Oktober 2021 dan jumlah untuk bantuan ini adalah sebanyak RM500 yang diagihkan secara sekali sahaja ‘one-off’.

Semoga bermanfaat!

Sumber: e-semakan1malaysia.com


Leave a Comment