Bantuan Awal Persekolahan 2022 Sebanyak RM150 Untuk Semua Pelajar Sekolah

Photo of author

By Admin

sklh22

 
Utuk Bajet 2022, kerajaan telah memaklumkan berbagai jenis bantuan dan salah satu ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini telah dilaksanakan dari tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban dalam kos belanja persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Sila rujuk informasi ini untuk info lebih lanjut tentang kaedah pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).



Dalam perbentangan Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta untuk pelaksanaan BAP yang bakal memanfaatkan 3 juta pelajar sekolah.

image

Syarat Kelayakan Untuk Bantuan Ini

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan awal persekolahan tahun 2022 seperti berikut:

  • Murid adalah warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal dari kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan (kasar) sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan

Jumlah bantuan ini adalah berjumlah RM150, bantuan ini telah dinaikkan sebanyak RM50 berbanding denagn RM100 pada tahun lalu.

Bantuan ini akan diagihkan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar secara sekali sahaja
(one-off) bermula pada tahun 2022.




Cara Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan ini akan diagihkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah yang tidak memiliki Akaun KWK

Kaedah Untuk Memohon BAP

Para ibu bapa hanya perlu mengemaskini jumlah pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

Untuk maklumat selanjutnya tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP), sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KLIK SINI

Leave a Comment