Breaking

MySTEP 2022: Tawaran Peluang Pekerjaan Untuk Penganggur ~ Gaji : RM1,400-RM2,000


 

Dalam Bajet 2022, kerajaan akan membuka peluang untuk 220,000 pelatih untuk menjalani program latihan dan peningkatan kemahiran dengan dana berjumlah RM1.1 bilion.

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP diteruskan untuk tahun 2022 dengan memberi tawaran 80,000 peluang pekerjaan iaiut 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan bermula pada Januari 2022.

MySTEP ialah program latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Berikut adalah dua penempatan dalam MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs dan rakan strategiknya



Tempoh Perkhidmatan MySTEP

Tempoh Perkhidmatan MySTEP ialah seperti berikut:
  • Sektor Awam: 1 – 12 Bulan
  • GLC / Rakan Strategiknya: 6 – 12 Bulan

Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian/Jabatan/GLC/Rakan Strategik.​

Kadar Bayaran

Jumlah bayaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikSektor Awam​
Jumlah Bayaran (RM)
GLC / Rakan Strategik​ Jumlah Bayaran (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda2,0002,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,8001,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,6001,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,400


Penempatan MySTEP

Penempatan perkhidmatan Personel MySTEP adalah mengikut output dan tidak tertakluk kepada waktu/tempat/jadual bertugas seperti penjawat awam.​

Untuk GLC, penempatan adalah berdasarkan dengan struktur program penempatan GLC masing-masing.

Personel MySTEP yang ditempatkan dalam sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Kemudahan Untuk Pekerja

Kemudahan yang diterima oleh personel MySTEP ialah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kosong/personel MySTEP seperti berikut:

Sektor AwamSektor GLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun keatas sahaja18 tahun keatas sahaja
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan KeatasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
MenganggurMenganggur

Cara Memohon

Anda boleh mohon terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti berikut:

Untuk info lebih lanjut atau ingin membuat pertanyaan, sila layari laman web ini:
http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep


No comments:

Powered by Blogger.