Breaking

Bantuan Bakul Makanan Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023


Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan pada Jumaat, 14 Julai 2023

Berikut kami sediakan info penting berkaitan dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa). Semoga bermanfaat.

STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan Bakul Makanan)

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
_________________________
Info Bantuan Kerajaan Terkini : KLIK SINI
_________________________

Kategori Yang Layak Bantuan Bakul Makanan

Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

10 Barangan Asas Yang Boleh Dibeli

1. Beras
2. Roti
3. Telur
4. Tepung
5. Minuman
6. Bahan perasa
7. Biskut
8. Mi segera
9. Makanan dalam tim
10. Minyak masak

Langkah Membeli Barangan

Berikut adalah langkah-langkah yang disediakan untuk membeli barangan :


Semakan Kelayakan Melalui Portal MyKasih

Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di bawah.

Langkah 1 : Layari portal https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
Langkah 2 : Masukkan nombor MyKad
Langkah 3 : masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
Langkah 4 : Klik semak status


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

No comments:

Powered by Blogger.