Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel): Pengeluaran & Pemindahan Akaun Fleksibel

Photo of author

By Admin

Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel) : Pengeluaran & Pemindahan Akaun Fleksibel

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.

Tentu ramai nak tahu bilakah bayaran akan diproses, dikreditkan ke akaun dan bagaimana kaedah pengkreditan nanti?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  • Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  • Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

photo 2024 05 12 14 01 14 photo 2024 05 12 14 01 17

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

photo 2024 05 12 14 01 20 photo 2024 05 12 14 01 23

Artikel berkaitan: SARA 2024: Bayaran & Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%), Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).

photo 2024 05 12 14 01 26 photo 2024 05 12 14 01 27

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Cara Membuat Pindahan Amaun Permulaan

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Cara Membuat PEMINDAHAN dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

  1. Login i-Akaun
  2. Anda akan melihat laman utama i-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
    Peringatan Penting: Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)

SILA RUJUK PANDUAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAMPIRKAN DI BAWAH:

Login i-Akaun – anda akan mendapati paparan utama seperti di bawah.

photo 2024 05 12 14 01 41

Jika anda ingin membuat pilihan pindahan amaun permulaan, sila klik Teruskan.

photo 2024 05 12 14 01 44

KWSP akan memberi anggaran perincian akaun Sebelum dan Selepas membuat pemindahan akaun.

photo 2024 05 12 14 01 46 photo 2024 05 12 14 01 48

Jika anda berminat untuk membuat pemindahan, sila klik Teruskan.

photo 2024 05 12 14 01 50

Baca Perakuan Ahli dan klik Terima untuk meneruskan proses pemindahan.

photo 2024 05 12 14 01 53

Anda tidak boleh membatalkan pilihan pindahan amaun permulaan ini selepas permohonan dihantar.

Klik Ya untuk meneruskan proses ini.

photo 2024 05 12 14 01 55

Anda akan menerima paparan seperti di bawah sekiranya pilihan pindahan anda telah berjaya dihantar.

photo 2024 05 12 14 01 59

Permohonan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP.

photo 2024 05 12 14 02 02

Untuk makluman, kelulusan akan mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Sila buat semakan i-Akaun anda dari semasa ke semasa.

photo 2024 05 12 14 02 04 photo 2024 05 12 14 02 08 photo 2024 05 12 14 02 11 photo 2024 05 12 14 02 14 photo 2024 05 12 14 02 16

Artikel berkaitan: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 KPM

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Untuk makluman, setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

Cara melakukan PENGELUARAN Akaun 3 (Akaun Fleksibel):

  1. Login i-Akaun.
  2. Klik Pengeluaran.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik Akaun Fleksibel
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  7. Klik “Keluarkan Sekarang”.

photo 2024 05 12 14 02 20 photo 2024 05 12 14 02 22 photo 2024 05 12 14 02 24 photo 2024 05 12 14 02 26

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  1. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

photo 2024 05 12 14 02 31

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Contoh Pengiraan / Pelaksanaan Pemindahan Ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Berikut dikongsikan contoh-contoh untuk memudahkan anda lebih faham bagaimana penstrukturan baru KWSP ini akan memberi kesan kepada pencarum nanti.

Gambar 1 : Ilustrasi pecahan caruman ke KWSP

photo 2024 05 12 14 02 46
Gambar 1

Gambar 2 & 3 : Senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki lebih RM3,000 dalam akaun Sejahtera

photo 2024 05 12 14 02 48
Gambar 2
photo 2024 05 12 14 02 50
Gambar 3

Gambar 4, 5 & 6 untuk senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki kurang RM3,000 dalam akaun Sejahtera

photo 2024 05 12 14 02 53
Gambar 4
photo 2024 05 12 14 02 56
Gambar 5
photo 2024 05 12 14 02 59
Gambar 6

Link ke FAQ Akaun 3 KWSP: (https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun)

Apa Akan Jadi Jika Ahli TIDAK MEMILIH Untuk Membuat Pindahan Amaun Ke Akaun 3?

Jom fahami pecahan dan pengiraan untuk Akaun Fleksibel sekiranya anda TIDAK MEMILIH pilihan pindahan amaun permulaan pada hari pelaksanaan.

Bagi ahli yang TIDAK MEMILIH untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam akaun KWSP akan kekal.

Simpanan Akaun Fleksibel anda akan bermula dengan caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan.

Boleh tengok infografik di bawah untuk contoh pengiraan:

photo 2024 05 12 14 03 04 photo 2024 05 12 14 03 07

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Leave a Comment