Khas untuk semua rakyat Malaysia, dalam Bajet 2022, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu Menteri Kewangan Malaysia ada memaklumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua berjumlah RM500 seorang untuk mereka yang sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini adalah perkongsian tentang syarat kelayakan dan kaedah pembayaran bantuan ini. Boleh rujuk sini!
Syarat Kelayakan
Untuk memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi semua syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Warga emas yang tidak tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / di kediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, anda boleh rujuk prosedur memohon seperti ini :
Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dokumen lain yang berkaitan
Untuk info lanjut atau ingin membuat pertanyaan berkenaan bantuan ini, anda boleh rujuk di alamat :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Atau hubungi talian ini:
No. Tel :03-8000 8000