Bantuan Khas Aidiladha RM500: Bantuan Insentif Khas RM500 Aidiladha
Sempena Hari Raya Aidiladha, seramai 32,300 asnaf penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal menerima bantuan insentif khas berjumlah RM500.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, MAIWP bersetuju untuk menyalurkan bantuan itu yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun depan.
Berikut merupakan beberapa maklumat lengkap dan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Bantuan Khas Aidiladha RM500 (Insentif Khas Aidiladha)
Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan bahawa menjelang Hari Raya Aidil Adha ini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas. Bantuan ini akan diberikan kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Artikel berkaitan: Semakan Penerima Bantuan SARA RM100 Jun 2024
Kategori Penerima Bantuan Khas Aidiladha RM500
Kategori asnaf yang menerima bantuan aidiladha ini adalah Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab. Berikut merupakan penerangan bagi setiap kategori penerima.
Dalam penentuan kelayakan asnaf untuk menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
1) Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2) Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
3) Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:
Beragama Islam:
- Baru memeluk agama Islam
- Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
- Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
- Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
Bukan beragama Islam:
- Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
- Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
4) Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
Empat kategori ini akan menerima Bantuan Insentif Khas sempena Aidiladha ini.
Jumlah Bantuan Khas Aidiladha
Bantuan Insentif Khas ini adalah berjumlah RM500. Ini adalah jumlah yang tetap diberikan kepada setiap individu yang layak bagi setiap kategori yang telah ditetapkan.
Jumlah Penerima
Manfaat bantuan Aidiladha ini akan merangkumi seramai 32,300 orang asnaf sebagai penerima bantuan zakat MAIWP yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab.
Jumlah Keseluruhan Bantuan Aidiladha
Pihak MAIWP secara keseluruhannya sudah memperuntukkan sebanyak RM16,150,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan para asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.
Tarikh Bantuan Dikreditkan
Tarikh bantuan Aidiladha ini dikreditkan adalah selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan Menteri.
Ini bermaksud Ini bermaksud para asnaf boleh membuat persediaan awal untuk Hari Raya Aidil Adha dengan bantuan kewangan yang diterima.
Selain itu, para penerima juga diingatkan untuk memastikan akaun bank mereka aktif dan dikemaskini bagi memudahkan proses pengkreditan.
Baca Juga: Permohonan Tabung Bantuan Perubatan TBP 2024: Syarat Kelayakan & Borang Permohonan
Manfaat Bantuan Khas Aidiladha RM500
Pihak MAIWP berharap berharap bantuan Aidiladha ini dapat meringankan beban kewangan para asnaf dan memungkinkan mereka merayakan Hari Raya Aidiladha.
Selain itu, diharapkan wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah.
Pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan pelbagai program bantuan yang disediakan.
Maklumat Lanjut Bantuan Khas Aidiladha RM500
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan aidiladha RM500 boleh rujuk kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri :