Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan untuk 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan RM350 kepada pesara kerajaan.
“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak 700 ringgit dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak 350 ringgit dengan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.”
“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.”
BANTUAN KHAS RM 350 & RM 700
Salah satu inisiatif daripada kerajaan adalah pelaksanaan bantuan khas berjumlah
RM350 dan RM700 khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan.
Bantuan khas ini akan diagihkan secara ‘one-off’.
SYARAT KELAYAKAN
- Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
- Pesara Kerajaan
Bantuan sebanyak RM 700 diberikan kepada Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
Manakala bantuan sebanyak RM 350 akan diberikan kepada pesara kerajaan.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN
Kini, tiada sebarang makluman tarikh pembayaran untuk bantuan khas ini. Ia dianggarkan akan diberikan pada Januari 2022.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Untuk bantuan ini, tiada permohonan akan dibuka. Pembayaran ini akan diagihkan terus ke akaun bank penjawat awam dan pesara yang layak.
Sebarang informasi tentang bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.