Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 yang dikhususkan kepada pekebun kecil dan penoreh getah kini berpeluang memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dibuka mulai 1 Jun 2024.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam kenyataan memaklumkan, permohonan berkenaan terbuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh yang layak dan akan berakhir sebelum 30 Spetember.
Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran untuk bantuan dan info lanjut.
Ketahui cara memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 untuk pekebun kecil dan penoreh getah, syarat kelayakan, dokumentasi yang diperlukan, dan tarikh penting. Manfaatkan bantuan RM800 untuk menghadapi cabaran musim tengkujuh. Permohonan dibuka dari 1 Jun hingga 30 September 2024.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 adalah inisiatif pembangunan untuk membantu Pekebun Kecil dan Penoreh Getah semasa musim tengkujuh. Permohonan dibuka mulai 1 Jun hingga 30 September 2024, dan adalah penting bagi pemohon yang layak untuk mengemaskini maklumat mereka melalui Portal Pekebun Kecil RISDA atau mengunjungi mana-mana Pejabat RISDA terdekat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan bantuan.
Dengan peningkatan jumlah bantuan dari RM600 kepada RM800, program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan yang lebih baik kepada mereka yang memenuhi syarat.
Mulai 2023, bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah ditambah kepada RM800. Sebelum itu, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.
Anda mungkin berminat: Anda Layak Menerima Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024~Semak Sekarang
Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)
Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.
Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh:
i) Pekebun Kecil RISDA & Individu
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Geran asal tanah dan salinan;
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan
ii) Penoreh Bukan Pemilik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
- Salinan buku akaun bank yang aktif;
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
Pekebun Kecil di bawah Agensi
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
- Salinan buku akaun bank yang aktif;
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA).
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Jun hingga 30 September 2024.
Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:
Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Jumlah Bantuan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Kadar bantuan BMT berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara berperingkat, terus ke akaun penerima.
Artikel Berkaitan: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024
Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan bagi tahun 2024 dan 2025 seperti berikut:
- November / Disember – RM400
- Januari – RM200
- Februari – RM200
Kaedah Penerimaan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024
Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Permohonan Gagal
Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
- No tel : 03-425 64 022
- https://helpdesk.risda.gov.my
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan yang gagal atau informasi tambahan, pemohon boleh menghubungi hotline BMT RISDA di 03-425 64 022 atau melalui laman web helpdesk RISDA-KLIK SINI
Ini merupakan peluang bagi Pekebun Kecil dan Penoreh Getah untuk mendapatkan sokongan kewangan semasa musim tengkujuh yang menantang. Pastikan untuk memanfaatkan peluang ini dengan memenuhi syarat kelayakan dan melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup permohonan.