Anda Layak Menerima Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024~Semak Sekarang

Photo of author

By Admin

Anda Layak Menerima Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024

Pada Jun tahun ini, KIR dan AIR yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima bantuan bernilai RM100 MyKasih.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.

Berikut kami kongsikan beberapa info cara semak bantuan MyKasih RM100 Jun 2024. Berhati-hati dengan maklumat palsu yang menular di Media Sosial seperti Whatsapp, Facebook, Telegram dan sebagainya. Elakkan daripada menekan pautan/link tersebut dan jangan dedahkan maklumat peribadi anda.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

MyKasih RM100 Jun 2024

Program MyKasih Foundation yang juga dikenali sebagai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024 sehingga Disember 2024 mengikut kategori penerima.
MyKasih menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan golongan yang kurang bernasib baik.

Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih telah berjaya diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka.

Badan NGO MyKasih bekerjasama dengan badan kesihatan dan organisasi tujuan sosial untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan penglihatan, latihan kemahiran dan keusahawanan, serta bantuan pendidikan kepada komuniti dan kanak-kanak.

mykasih

Artikel berkaitan: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Kelebihan penerima bantuan e-Kasih 2024

Berikut adalah kelebihan mendaftar e-Kasih pada tahun 2024:

  • Akan layak untuk sebarang bantuan kerajaan atau institusi
  • Layak mendapat bantuan bulanan
  • Layak menerima KWSP i-Suri
  • Layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Sebarang bantuan subsidi disediakan.
  • Senarai Penerima Bantuan Geran eKasih RM100 Jun 2024

Kategori Penerima

Jumlah bantuan eKasih bulan Jun yang diterima mengikut kategori:

KATEGORI PENERIMA JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA
Ketua Isi Rumah
Miskin & Miskin Tegar
RM100
Ketua Isi Rumah
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar
RM100
Ahli Isi Rumah
Bujang Miskin & Miskin Tegar
RM100

Tarikh Bayaran Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024

Penerima akan menerima bantuan e-Kasih bernilai RM100 pada bulan Jun tahun ini berdasarkan tarikh berikut:

  • Bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) secara berperingkat mengikut kelayakan

Semakan Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024

Sila ikuti kaedah di bawah untuk menyemak nama penerima yang layak menerima bantuan e-Kasih bernilai RM100 pada bulan Jun:

  1. Sila layari ulasan rasmi penerima MyKasih di sini: https://mykasih.com.my/
  2. Pada halaman utama, klik [Semak Status].
  3. Masukkan nombor ID pemohon dengan betul tanpa (-) Contohnya: 83XXXXXXXXX
  4. Jika tidak, masukkan kod pengesahan yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

photo 2024 02 12 19 37 01

photo 2024 04 18 15 39 11

Kaedah Pemberian Bantuan MyKasih RM100 Jun

Kaedah pelaksanaan pemberian MyKasih RM100 adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

Alamat Penerima Kaedah Pelaksanaan SARA
Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

Artikel berkaitan: Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Semak Kelayakan & Cara Memohon

Barangan Yang Boleh Dibeli Melalui Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

sara item v2

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah bersumberkan portal rasmi e-KASIH. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa berikut:

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia:

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Leave a Comment