Bayaran Akaun 3 KWSP ~Tarikh Kelulusan & Cara Mohon

Photo of author

By Admin

Bayaran Akaun 3 KWSP ~Tarikh Kelulusan & Cara Mohon

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024. Tentu ramai nak tahu bagaimana bayaran akan diproses, pengkreditan bayaran ke akaun dan tarikh pemindahan bayaran akaun 3 KWSP.

Akaun 3 KWSP atau ‘Akaun Fleksibel’ dijangka akan dapat dimulakan pada April 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.

Berikut kami kongikan beberapa info berkaitan bayaran Akaun 3 KWSP. Share artikel ini jika anda rasa bermanfaat.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun Bayaran Akaun 3 KWSP

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.
Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.

Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

Anda Mungkin Berminat: Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)~Pegawai Tadbir J41

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

OK, bila dah daftar dan buat permohonan untuk pindahkan amaun ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP, bila akan dapat bayaran?

Pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

photo 2024 04 30 21 00 53

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

photo 2024 04 30 21 00 50

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:

  • i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
  • ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
  • iii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

photo 2024 04 30 21 00 59

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

  • i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
  • iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

photo 2024 04 30 21 01 03

Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah:

photo 2024 04 30 21 01 05

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:

  1. Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  2. Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Artikel Berkaitan: Bantuan Sara Hidup (BSH) & Jadual Bayaran Pencen JHEV Tahun 2024

Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Hotline : 03-8922 6000

Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my

Leave a Comment