Cara Pemindahan KWSP Akaun 3: Pengeluaran 10% Daripada Akaun Simpanan

Photo of author

By Admin

Cara Pemindahan KWSP Akaun 3

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun melibatkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 telah bermula 11 mei lalu.

Menurut laman web KWSP, simpanan dalam Akaun Fleksibel atau Akaun Tiga boleh dikeluarkan oleh ahli KWSP pada bila-bila masa mengikut keperluan tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemindahan KWSP Akaun 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari, dengan minimum RM50 dan akan dikreditkan kedalam akaun bank ahli.

Namun mereka yang ingin mengeluarkan wang lebih RM250 perlu melalui prose e-KYC (electronic Know-Your-Customer’) iaitu teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

photo 2024 05 12 14 02 24
Tangkap layar dari web rasmi KWSP i-Akaun

Artikel Berkaitan: SARA 2024: Bayaran & Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  1. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

photo 2024 05 12 14 02 26

Tarikh Pelaksanaan Pemindahan KWSP Akaun 3

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Tujuan Penstrukturan

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Cara Pemindahan KWSP Akaun 3

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pemindahan akaun 3;

  1. Login i-Akaun
  2. Anda akan melihat laman utama i-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.

photo 2024 05 12 14 01 59
Contoh pindahan telah berjaya dihantar KWSP akaun 3

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Leave a Comment