e-KYC KWSP: Pengeluaran KWSP RM250 Sehari

Photo of author

By Admin

e-KYC KWSP: Pengeluaran KWSP RM250 Sehari

Pengeluaran KWSP Akaun 3 / Akaun Fleksibel mulai 12 Mei 2024 lalu untuk kegunaan peribadi telah mendapat sambutan yang hangat.

Tapi masih ada yang belum tahu, menerusi aplikasi KWSP i-Akaun, ia memaklumkan pencarum hanya boleh membuat pindahan wang ke akaun bank sekali sehari.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga menetapkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari.

photo 2024 05 15 14 02 01

Berikut kami kongsikan beberapa info-info penting berkaitan dengan pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 sehari. Sila share artikel ini jika anda rasa bermanfaat.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

e-KYC KWSP

Proses e-KYC adalah ‘electronic Know-Your-Customer’ atau satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Proses e-KYC membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan. Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.

Anda mungkin berminat: Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) & Kenaikkan Gaji Tahunan Penjawat Awam (SPA)

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Berikut adalah cara daftar ahli melalui KWSP i-Akaun dan langkah setelah berjaya daftar melalui aplikasi KWSP di telefon pintar anda :

photo 2024 05 15 14 03 10
Infografik cara daftar i-Akaun
photo 2024 05 15 14 03 13
Infografik setelah berjaya daftar i-Akaun

Kategori Yang Layak Buat e-KYC

Pengeluaran melebihi RM250 bagi Akaun Fleksibel perlu melengkapkan proses e-KYC secara dalam talian.
Secara alternatif, kunjungi pejabat KWSP/ SST untuk pengesahan cap ibu jari.

Berikut adalah kategori yang layak buat e-KYC:

  • Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
  • Ahli yang baru kali pertama mohon pengeluaran
  • Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3( Flexible) lebih dari RM 250
  • Ahli yang buat penukaran no akaun bank selain daripada akaun bank yg ada dalam rekod data KWSP

Sistem KWSP akan minta anda upload IC. Jika upload IC tidak berjaya, maka anda kena hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.

photo 2024 05 15 14 03 16

Cara Buat e-KYC KWSP

Anda boleh mendaftarkan akaun i-Akaun KWSP anda melalui eKYC dengan mengikuti langkah-langkah dalam infografik berikut:

photo 2024 05 15 14 04 36 photo 2024 05 15 14 04 38 photo 2024 05 15 14 04 40 photo 2024 05 15 14 04 42

photo 2024 05 15 14 04 44

photo 2024 05 15 14 04 47 photo 2024 05 15 14 04 49 photo 2024 05 15 14 04 51

Anda mungkin berminat: Cara Pemindahan KWSP Akaun 3: Pengeluaran 10% Daripada Akaun Simpanan

Tentang Penstrukturan Semula Akaun KWSP & Pengeluaran Akaun 3

Sebelum ini, KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Menerusi Akaun Persaraan, sebanyak 75 peratus daripada jumlah caruman bulanan akan ditolak sebagai simpanan pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel iaitu 10 peratus daripada caruman setiap bulan itu, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Namun, bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) dan diletakkan di dalam Akaun Fleksibel (akaun 3), mereka boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi i-Akaun.

Bagaimanapun, tidak semua wang dalam simpanan Akaun Sejahtera itu boleh dipindahkan kerana ia tertakluk kepada perkiraan tertentu.

Pencarum dibenarkan membuat pemilihan bagi pindahan akaun hanya sekali sahaja dalam tempoh bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-KYC KWSP, sila layari laman web rasmi di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/member/overview/registration/ekyc

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Leave a Comment