Panduan Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Photo of author

By Admin

PPAM%2B%25281%2529

PPAM аdаlаh ѕаtu ѕkіm rumаh mаmрu mіlіk untuk реnjаwаt аwаm. Prоgrаm іnі telah dilancarkan раdа awal tаhun 2013 bеrіkutаn kерutuѕаn Jеmааh Mеntеrі раdа 30 Jаnuаrі 2013 dаn 27 Mac 2013 yang bеrѕеtuju ѕuрауа dіkаjі іnіѕіаtіf untuk mеmbоlеhkаn реnjаwаt аwаm tеrutаmаnуа yang berpendapatan rеndаh dan ѕеdеrhаnа mеmbеlі rumah khuѕuѕnуа dі bandar-bandar utama.

Obkektif untuk penubuhan dan inisiatif Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ini adalah salah satu skim perumahan mampu milik untuk penjawat awam mendapatkan keselesaan dari segi saiz, rekabentuk, lokasi dan harga rumah yang mampu milik untuk penjawat awam.


Syarat Kelayakan Permohonan 

1. Penjawat awam (lantikan tetap & kontrak)
2. Warganegara Malaysia
3. Penjawat awam yang telah berpencen, memilih skim bersara dan memiliki kad persara
4. Selain itu, permohonan hanya terbuka kepada :
a) Perkhidmatan awam persekutuan
b) Badan berkanun persekutuan 
c) Pihak berkuasa tempatan
d) Perkhidmatan awam negeri 
e) Badan berkanun negeri

Panduan Daftar Akaun 

1. Layari Portal PPAM : KLIK DISINI


 
2. Klik pada pautan ‘Daftar’ di bahagian atas sebelah kanan portal.
3. Klik pada butang ‘Daftar Akaun Disini’
4. Masukkan maklumat berkenaan pengguna di ruangan yang disediakan
5. Klik butang DAFTAR dan Emel akan dihantar
6. Klik pada butang AKTIFKAN AKAUN
7. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan set kata laluan pengguna. Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 6 aksara. Sekiranya kata laluan tidak memenuhi kriteria, notifikasi akan dipaparkan

Nota :
Emel akan dihantar kepada pengguna untuk tujuan set kata laluan sebelum akaun pengguna diaktifkan. Sekiranya nombor kad pengenalan telah wujud, sistem tidak membenarkan pengguna mendaftar akaun baru.

8. Sekiranya akaun pengguna tidak aktif, sila klik pada pautan seperti gambar dibawah :

q

Profil Pemohon PPAM 

Pemohon adalah diwajibkan untuk melengkapkan profil sebelum membuat pilihan projek. Di sini, maklumat lengkap yang perlu diisi pemohon ialah :

1. Maklumat Profil
2. Maklumat Pekerjaan
3. Maklumat Pasangan (Sekiranya ada)
4. Dokumen Sokongan
5. Pemilikan Hartanah


Permohonan Baru PPAM 

Selepas melengkapkan profil pemohon, pemohon boleh terus membuat pilihan projek

1. Klik pada butang MOHON SEKARANG atau Sekiranya pemohon berada pada MENU UTAMA, klik pada menu Pilihan Projek

2. Pilih negeri bagi projek dibuka untuk membuat pilihan projek
3. Buat carian projek dengan menekan ikon di sebelah atas kanan. 
4. Klik pada projek yang ingin dimohon dan pilih unit yang diingini dengan menekan butang PILIH
5. Klik pada butang TERUSKAN PERMOHONAN untuk membuat perakuan kepada permohonan projek
6. Semak semula maklumat pemohon termasuklah dokumen sokongan serta pilihan projek. Sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa membuat permohonan baru, sila kemaskini semula profil pemohon.
7. Buat perakuan dengan menekan butang checkbox dan kemudian tekan butang HANTAR

Borang Permohonan PPAM



Borang permohonan disediakan bertujuan untuk pemohon menyimpan rekod permohonan bagi rujukan di masa akan datang. 


1. Pilih menu Senarai Permohonan 
2. Pilih projek yang ingin dibatalkan. Klik pada ikon untuk tindakan seterusnya. 
3. Pilih tindakan Borang Permohonan. Sistem akan memaparkan Borang Permohonan bagi projek yang dipilih

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Perumahan Penjawat Awam (PPAM), sila rujuk info yang diberikan :

i) Telefon
+
603-80008000

ii) Faks
+603-88915588

iii) Emel
[email protected]

Untuk pertanyaan tentang soalan lazim (FAQ), sila klik pautan dibawah : 


Leave a Comment