Permohonan Perumahan PPR Online, Program Perumahan Rakyat Dimiliki/Disewa. Mohon Sekarang !

Photo of author

By Admin

PPR%2BONLINE%2B

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).


CIRI-CIRI PERUMAHAN RAKYAT (PPR)



1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
3. Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; dan
5. Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
  • Surau/Ruang Solat,
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

SYARAT PERMOHONAN PPR DISEWA 

Program PPR Disewa ini bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.


Antara syarat-syarat PPR Disewa :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri 



SYARAT PERMOHONAN PPR DIMILIKI

Program PPR Dimiliki ini bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. 


Antara syarat-syarat PPR Dimiliki :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

CARA UNTUK MEMOHON PPR DAFTAR AKAUN PEMOHON

1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
2. Pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

3. Klik sini untuk akses terus ke SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN NEGARA (SPRN).   

4

Gunakan Email Anda Untuk Melakukan Pengesahan 

1. Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru. 

*Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda yang anda telah tetapkan


CARA MOHON RUMAH PPR

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.


Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

  1. PERLIS
  2. KEDAH 
  3. PULAU PINANG
  4. PERAK 
  5. SELANGOR 
  6. NEGERI SEMBILAN 
  7. MELAKA
  8. JOHOR
  9. TERENGGANU
  10. KELANTAN
  11. PAHANG
  12. KUALA LUMPUR
  13. SABAH
  14. SARAWAK
  15. LABUAN 

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Perumahan Rakyat (PPR) boleh menghubungi terus ke no telefon rasmi Jabatan Perumahan Negara : 03 – 8000 8000 ,

Atau terus ke halaman rasmi Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara : KLIK SINI


 

Leave a Comment