STR 2025 Fasa 1: Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Photo of author

By Admin

STR 2025 Fasa 1: Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan kemarin memaklumkan pembayaran akan dibuat melalui pengkreditan ke akaun bank penerima berdaftar atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 bilion pada tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang sama berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat negara ini bertambah baik walaupun berlaku peningkatan kos sara hidup.

Berikut kami sediakan maklumat-maklumat penting berkaitan bantuan STR untuk tahun 2025. Semoga bermanfaat.

BANNER TELE BARU

Syarat Kelayakan STR 2025 Fasa 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

• Syarat Utama :

  1. Warganegara Malaysia

• Isi Rumah :

  1. Berkahwin (ada atau tiada anak);
  2. Ibu atau bapa tunggal (ada anak);
  3. Tiada had umur;
  4. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).

• Warga Emas :

  1. Bujang / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.

• Bujang :

  1. Belum berkahwin;
  2. Balu / janda / duda (tiada anak);
  3. Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
  4. Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
  5. Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
  6. Bukan pelajar sepenuh IPTA / IPTS.

Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 1

Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori yang diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025 :

str 1 2025 3

Artikel Berkaitan:

Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1

Secara lazimnya, pihak Kerajaan akan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) kepada penerima yang layak pada suku pertama setiap tahun seperti berikut :

PERKARA TARIKH BAYARAN
Pembayaran STR Fasa 1 22 JANUARI 2025

Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 1

Berapa bayaran Fasa 1 STR 2025 yang akan diterima bagi setiap kategori yang layak?

Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

  1. Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
  2. Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM150 – RM300
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  4. Bujang : RM150

Semakan Status STR 2025 Fasa 1

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  4. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:

str 2025 sumbangan tunai rahmah 1024x495 1 status str 348x1024 1

Status kelulusan STR Fasa 1 boleh disemak secara online melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kaedah Pembayaran STR 2025 Fasa 1

Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.

Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.

str 1 2025 4

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF di laman rasmi STR.

Leave a Comment