STR Bujang 2025 Fasa 1: Semakan Bayaran STR Bujang Fasa 1
Berita baik untuk golongan bujang, kadar bantuan STR untuk tahun 2025 telah dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun lalu.
Anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2025!
Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Berikut kami kongsikan maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2025.
Syarat Kelayakan STR Bujang 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) khas untuk kategori bujang yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus bujang belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
Artikel Berkaitan:
Kadar Bantuan STR Bujang/Keluarga
Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.
Jumlah Bayaran STR Bujang 2025
Kategori Bujang akan menerima bayaran STR Fasa 1 sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
Bujang | RM150 |
Kenyataan Media STR Bujang 2025
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 22 Januari 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah:
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
- Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
- Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
- Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
- Selesai.
Anda Mungkin Berminat:
Tarikh Akhir Permohonan STR Bujang 2025
Sila ambil maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 ditutup pada 30 November 2024.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Panduan Permohonan Baru STR : [DOWNLOAD]
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Soalan lazim (FAQ) pembayaran STR 2025 : KLIK SINI
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/