Subsidi Diesel 2024: Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI

Photo of author

By Admin

Subsidi Diesel 2024: Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI Individu

Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara untuk memohon.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Subsidi Diesel 2024

Subsisi Diesel atau BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

photo 2024 05 28 21 37 41

Tengah Trending: 400 Kekosongan Jawatan Kosong Dibuka Di JPJ~Minima SPM

BUDI Individu

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

photo 2024 05 28 21 37 44 photo 2024 05 28 21 37 46

Syarat-syarat Kelayakan Subsidi Diesel 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan subsidi diesel atau BUDI MADANI:

Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN, kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja;

‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN;

Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja;
  2. Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN;
  3. Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya;
  4. Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN;
  5. Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard;
  6. KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

photo 2024 05 28 21 37 49

Kenderaan yang layak mendapat subsidi

10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Awam layak mendapat subsidi:

  • Bas Sekolah;
  • Teksi
  • Bas Ekspres
  • Van Mayat
  • Bas Berhenti-henti
  • Lori Mayat
  • Bas Mini
  • Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  • Bas Pengantara 11 Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  • Kereta Sewa

9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:

  • Lori Rigid – Kargo Am
  • Lori Tangki Rigid – Air
  • Lori Rigid – Minuman Botol
  • Lori Tangki Rigid – Tepung
  • Lori Rigid – Refrigerated
  • Window Van
  • Lori Rigid – Luton/Kotak
  • Panel Van
  • Penggerak Utama / Articulated Vehicle

14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:

  • Lori Rigid – Curtainsider
  • Lori Food Catering
  • Lori Rigid – Hasil Pertanian
  • Lori Tangki Rigid – Minuman
  • Lori Rigid – Kandang Haiwan
  • Semi – Panel Van
  • Lori Rigid – Kombinasi
  • Bas Perkhidmatan Bergerak
  • Lori Rigid – Open Platform
  • Van Perkhidmatan Bergerak
  • Bas Food Catering
  • Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  • Van Food Catering
  • Lori Rigid – Sampah

Cara Permohonan Subsidi Diesel 2024

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel
    • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
    • Jenama / Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan

Semakan Kelayakan / Permohonan

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Jumlah & Kaedah Pembayaran

Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Artikel berkaitan: Jadual Bayaran STR Fasa 3 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran

Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama dalam tempoh 2 minggu dan seterusnya secara bulanan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : [email protected]

Leave a Comment