Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Photo of author

By Admin

TARIKH%20STR
TELE%20PAKEJ%20BANTUAN

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.



Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3:
Jadual%20STR%20New%20(1)


Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah seawal bulan Julai 2023.
____________________________
Infо Jаwаtаn Kоѕоng Kеrаjааn : KLIK SINI



____________________________

Semakan Status STR

1. Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
2. Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
3. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.



Kategori Kelayakan STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
Kategori%20Penerima%20STR%20(1)



Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/InfоPakejBantuan untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment