Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 1 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
____________________________
Infо Bаntuаn Kеrаjааn Tеrkіnі : KLIK SINI
____________________________
Tujuan e-Pengeluaran KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
1. Pengeluaran untuk membeli rumah
2. Pengeluaran untuk membina rumah
3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
4. Rawatan perubatan
5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
6. Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP
Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
1. Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
2. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
3. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
4. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/InfоPakejBantuan untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.