Akaun Fleksibel KWSP : Kerajaan Umum Akaun Fleksibel 2024 Untuk Semua Pencarum

Photo of author

By Admin

Akaun Fleksibel KWSP-Kerajaan Malaysia memperkenalkan akaun fleksibel KWSP untuk kemudahan para pencarum sebagai inisiatif yang akan membantu kebajikan mereka yang membuat caruman. Perkara ini disambut baik oleh semua pihak dan dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Anwar baru-baru ini telah mengumumkan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP bagi membolehkan pencarum KWSP melakukan pengeluaran d waktu kecemasan.
Sewaktu era pandemik COVID-19 beberapa tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP antaranya i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya.

Sebagai rekod, pengeluaran khas KWSP di bawah skim i-Lestari adalah melibatkan pengeluaran sebanyak RM20.8 bilion. i-Citra sebanyak RM21.4 bilion; i-Sinar sebanyak RM58.7 bilion; serta pengeluaran khas sebanyak RM44.6 bilion.

Join Telegram untuk info bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Pengenalan ”Akaun Fleksibel” KWSP

Akaun ahli KWSP ini akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun ini akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Buat masa ini, setiap pencarum KWSP mempunyai 2 jenis akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel ini adalah bagi membolehkan mereka mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dalam KWSP untuk waktu kecemasan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, akaun fleksibel ini membolehkan akaun III untuk diakses oleh semua ahli.

Tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Tengah Trending :

Apa itu Akaun Fleksibel KWSP

Akaun fleksibel kwsp adalah satu akaun yang diperkenalkan sebagai akaun baru yang boleh di akses ahli pada bila-bila masa.

Untuk masa sekarang setiap pencarum KWSP hanya mempunyai dua jenis akaun sahaja iaitu akaun 1 dan akaun 2. Pengenalan akaun 3 atau akaun fleksibel KWSP membolehkan para pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan semasa waktu kecemasan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan akaun 3 KWSP ini membolehkan akaun 3 dapat diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 ketika bila-bila masa secara khususnya ketika kecemasan.

kwsp maslan

Tarikh Pelaksanaan

Akaun fleksibel ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, iaitu tahun 2024.

Ia bagi membolehkan akaun III untuk diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut sedang dimuktamadkan dan kaedah pengeluaran khas seperti yang dibenarkan Kerajaan sebelum ini tidak lagi dilaksanakan.

Mekanisme Pelaksanaan Akaun Fleksibel KWSP

Perlaksaan akaun fleksibel KWSP ini disambut baik banyak pihak namun mekanisme perlaksanaannya telah menimbulkan pendebatan ramai pihak.

Tindakan pengeluaran akaun khas yang fleksibel ini juga boleh menjadi penyelamat kepada Akaun 1 dan 2 pencarum daripada diusik sebelum mencapai tempoh matang sebagai persediaan menghadapi hari persaraan nanti.

Memandangkan Akaun Fleksibel KWSP ini lebih mudah diakses tanpa mengira status seseorang individu, mekanisme yang diperkenalkan kelak akan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan penyelamat atau pembaziran kerana terdapat individu yang akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan seperti mana pengeluaran bersasar sebelum ini, terdapat segelintir masyarakat yang berdegil menggunakan wang dari dana tersebut untuk tujuan bukan.

MASLAN

Akаun Flеkѕіbеl KWSP (3)

“Mulаі tаhun dераn, sudah diumumkan dalam Bеlаnjаwаn 2024 kita аkаn membuka satu lagi аkаun untuk реnсаrum KWSP. Buаt mаѕа іnі, akaun KWSP аdаlаh tеrdіrі dаrіраdа Akaun I dan Akаun II. Aра yang dіumumkаn аdаlаh Akаun Fleksibel.

“Kіtа аkаn mеngumumkаn mеngеnаі ара maksud Akаun Flеkѕіbеl іnі. Akаun III yang mаnа boleh dіаkѕеѕ оlеh ѕеmuа ahli tanpa mengira mеrеkа dаrіраdа kumpulan B40, M40 аtаu T20 раdа bіlа-bіlа mаѕа, khuѕuѕnуа ketika kесеmаѕаn.

“Inі adalah untuk mеmаnfааtkаn dan meringankan bеbаn kеwаngаn ketika mеnghаdарі keperluan dі luаr jangkaan. Sеkаrаng іnі ѕеdаng dimuktamadkan,” katanya menjawab soalan tаmbаhаn Kalam Sаlаn (PN-Sаbаk Bеrnаm) раdа ѕеѕі ѕоаl jawab lіѕаn di Dеwаn Rаkуаt hаrі іnі.

Ahmad bеrkаtа, mеkаnіѕmе dan peratus dаnа yang аkаn dimasukkan dalam Akаun Flеkѕіbеl KWSP mаѕіh bеlum dірutuѕkаn.

Ciri-ciri Akaun 3 KWSP

Terdapat beberapa ciri-ciri untuk akaun 3 KWSP yang perlu anda ketahui. Namun, ciri-ciri ini belum dimuktamadkan sepenuhnya. Berikut adalah penerangan ciri-ciri akaun 3 atau akaun fleksibel KWSP:

• Bertujuan untuk digunakan ketika perlu dan waktu kecemasan.
• Merupakan pilihan untuk pencarum yang sedia ada dan tidak wajib.
• Boleh membuat pemindahan dari akaun 1 dan akaun 2 ke akaun 3.
• Akaun 3 muingkin menawarkan dividen yang lebih rendah daripada akaun 1 dan akaun 2.
• Boleh membuat caruman antara 3% ke 5% untuk akaun 3 yang boleh dikreditkan secara automatik seperti disarankan oleh KWSP.

Kerajaan akan terus mengkaji demi kepentingan semua pencarum dan berharap agar pengenalan akaun fleksibel KWSP ini sangat membantu para pencarum ketika memerlukan.

Leave a Comment