Bantuan eMadani RM100. Kerajaan telah umum bantuan eMADANI untuk rakyat Malaysia iaitu bantuan berbentuk ewallet dibuka mulai Isnin 4 Disember 2003 sehingga 20 Februari 2024. Projek ini telah diumumkan oleh Perdana menteri datuk seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan belanjawan 2024 melalui pembentangan rang undang-undang perbekalan 2012 pada dewan negara bertarikh 29 November 2023.
Perkara ini membawa berita gembira kepada rakyat Malaysia kerana Kerajaan amat prihatin dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Untuk menebus e-kredit yang ditawarkan, pengguna boleh memilih salah satu daripada empat aplikasi e-dompet yang disediakan. Ayat ini telah disusun semula dengan menggunakan format perenggan, panjang sederhana dan nada profesional.
Join Telegram Rasmi untuk lebih info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈
Apa Itu Program eMadani?
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Syarat Kelayakan Bantuan eMadani
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan Program eMadani :
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Tempoh Claim Bantuan eMadani RM100
Untuk makluman rakyat Malaysia adalah tarikh pendaftaran penebusan adalah bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Tempoh untuk tuntutan dan juga membuat perubahan adalah sama di antara 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Cara Pembayaran eWallet eMadani Rm100
Bayaran akan disalurkan kepada penerima melalui :
1. MAE Maybank
Ikuti langkah dibawah untuk menuntut e-wallet RM100 melalui aplikasi MAE Maybank :
• Buka aplikasi MAE Maybank.
• Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
• Masukkan butiran maklumat anda dan tekan butang ‘Submit’.
• Anda akan menerima notifikasi apabila proses penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
2. SHOPEE
Pemohon yang berminat untuk membuat tuntutan melalui Shopee boleh ikuti panduan di bawah :
• Buka aplikasi Shopee.
• Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Shopee.
• Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
• Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
• Tekan butang ‘Submit’.
• Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
3. Touch N’ GO (TNG)
Berikut adalah langkap tuntutan e-wallet RM100 menerusi aplikasi Touch N Go (TNG) :
• Buka aplikasi Touch N Go (TNG).
• Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi TNG.
• Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
• Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
• Tekan butang ‘Submit’.
• Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
4. SETEL PETRONAS
Di bawah ini adalah lengkap tuntutan bantuan e-wallet RM100 melalui aplikasi Setel Petronas :
• Buka aplikasi Setel Petronas.
• Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Setel.
• Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
• Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
• Tekan butang ‘Submit’.
• Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!
Cara Verifikasi eWallet eMadani
Untuk proses verifikasi bagi pengguna baharu eWallet adalah perlu dilakukan dengan penyedia eWallet yang berkait. Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan sebagai pengguna baharu seperti berikut:
• Muat turun dahulu aplikasi eWallet seperti diatas yang terlibat dengan bantuan eMADANI daripada google play, Apple App Store atau Huawei Appgallery.
• Untuk pengguna baharu atau lama, perlu untuk ikuti arahan yang diberikan oleh aplikasi eWallet anda.
• Penyedia eWallet akan melakukan verifikasi identiti kepada anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) yang memainkan peranan untuk sahkan keperibadian diri anda.
• Di aplikasi eWallet anda mempunyai pilihan dan anda perlu memasukkan maklumat yang diminta di halaman tuntutan dan claim eMADANI serta klik ‘Hantar”.
• Seterusnya, anda akan diberitahu sekiranya tuntuan dan claim eMADANI melepasi syarat dan berjaya.
Dimaklumkan juga, penerima yang layak hanya boleh membuat tuntutan kredit eMADANI hanya daripada satu penyedia eWallet sahaja daripada 4 diatas. Oleh itu, anda perlu merujuk aplikasi eWallet anda berkenaan cara penebusan kredit RM100.
Pembelian Menggunakan Kredit Bantuan eMADANI
Untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan, anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI melalui e-dompet pilihan anda. Namun, terdapat pengecualian untuk penggunaan kredit eTunai ini, iaitu:
• Pemindahan ‘peer–to–peer’;
• Penebusan tunai;
• Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
• Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
• Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.