Bantuan JKM 2021 : Semakan & Senarai Bantuan, Cara Mohon Bantuan JKM

Photo of author

By Admin

JKM%2B2%2B
group%2Bwhatsapp

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Semakan Bayaran Bantuan Bulanan JKM 



1. Layari laman web jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

Kadar Bantuan Bulanan Yang Layak Yang Dipohon 

1. Bantuan Kanak-kanak (BKK) :

– Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan

2. Bantuan Orang Tua : 

–  RM500 sebulan seorang.

3. Elaun Pekerja Cacat : 
– RM400 sebulan seorang.

4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja :
–  RM300 seorang sebulan.

5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Kronik :
– RM500 sebulan seorang.


6. Bantuan Anak Pelihara :
– RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Cara Memohon Bantuan Secara Online


1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut : klik sini  

2. Seterusnya, anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri.

3. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang diberikan.

4. Isikan borang yang berkaitan.

5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Borang Permohonan Bantuan JKM 2021



Klik Pautan Yang Tersedia Dibawah : 

1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)  
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20  

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat

Hubungi ibu pejabat JKM melalui talian : 03 – 8000 8000

Atau

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Leave a Comment