Dalam Bajet 2022, kerajaan melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan tunai bertujuan untuk meringankan kos sara hidup yang dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.
Rujuk perkongsian ini berkenaan dengan cara memohon dan syarat kelayakan untuk bantuan kategori bujang ini.
Jumlah Pembayaran Bantuan
Jumlah bantuan BKM untuk golongan bujang yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah berjumlah RM350.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan BKM kategori bujang :
- Berstatus bujang atau ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21 tahun hungga 59 tahun.
- Mempunyai pendapatan sebanyak RM2,500 dan ke bawah sebulan.
Tarikh Pembayaran
Setakat ini, belum ada lagi makluman untuk tarikh terperinci untuk pembayaran bantuan ini. Makluman untuk tarikh pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Data penerima untuk BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan mendapat GKP akan dimasukkan dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Anda perlu membuat permohonan baharu BKM jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala untuk penerima sedia ada yang ada sebarang perubahan maklumat, anda perlu kemas kini maklumat anda dalam tempoh yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan Dan Pengemaskinian BKM
Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat dapat dibuat bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada info dari semasa ke semasa).
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/