Bantuan Kewangan RM180 Untuk Meringankan Beban Rakyat

Photo of author

By Admin

Bantuan%20Kewangan%20RM180
TELE%20PAKEJ%20BANTUAN

Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.



Bantuan Kewangan RM180

Untuk sedia maklum, salah satu inisitif yang dilaksanakan pada tahun ini adalah pemberian bantuan yuran subsidi sebanyak RM180. Insentif khas diberikan setiap bulan ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan penjawat awam yang mempunyai anak di peringkat taska.

Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.
____________________________
Infо Bantuan Kеrаjааn Tеrkіnі : KLIK SINI



____________________________

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.

Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.



Syarat Kelayakan

Dibawah adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas ini seperti berikut :
1.Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja

2. Mempunyai anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftarkan di taska
3. Penjawat awam yang berpendapatan bulanan dibawah RM7,000
4. Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja boleh memohon
pekeliling%20subsidi%20yuran



Cara Memohon Bantuan Kewangan RM180



Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
Salinan penyata gaji
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
Salinan penyata gaji suami/isteri
Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.

Maklumat lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/subsidiyurantaska.html


Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/InfоPаkеjBаntuаn untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Kredit: iKerajaan

Leave a Comment