Bantuan Khas Aidilfitri 2024 Telah Dikreditkan Ke Akaun

Photo of author

By Admin

Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Program tambahan bantuan ini dirancang sempena menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Pengumuman itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap di Majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bantuan sebesar RM250 dan RM500.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha Kerajaan meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah sumbangan kewangan bersemepena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan.

Join Telegram Rasmi Kami : t.me/JawatanMalaysiaTerkini

Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Sumbangan Aidilfitri atau dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI,

Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 dan RM250 mengikut kategori penerima berikut:

  • RM500: Diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Semua Penjawat Awam

Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. RM250 pula akan diberikan kepada semua pesara termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Dalam masa sama, para pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya juga layak menerima sumbangan kewangan ini.

Namun, bagi individu For Service (CFS) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 dan individu CFS yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 tidak layak menerima bantuan khas ini.

Anda Mungkin Berminat :

Senarai Penerima Bantuan Khas Aidilfitri 2024

RM500 akan diberikan kepada:

  • Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April.
  • Pegawai lantikan Contract of Service (COS).
  • Pegawai sambilan harian.
  • Pegawai lantikan MySTEP.

RM250 akan diberikan kepada:

  • Pesara kerajaan.
  • Veteran berpencen.
  • Veteran tidak berpencen.

Selain itu, BKKA 2024 juga layak diterima oleh:

  • Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh.
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Pegawai yang dipinjamkan ke agensi lain, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya.

Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai tersebut.

Berdasarkan kenyataannya, BKKA 2024 juga akan diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih dalam perkhidmatan pada 5 April dan dilantik sebelum tarikh tersebut.

Di samping itu, BKKA 2024 juga boleh diterima oleh:

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang memenuhi syarat, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan mereka.
  • Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman.

Kerajaan Negeri Yang Member Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Antara Kerajaan negeri yang setuju menyalurkan bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang berkhidmat dibawah Kerajaan negeri ialah :

1. Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

2. Pulau Pinang

Pіhаk kеrаjааn negeri Pulau Pinang menyediakan Bantuan Khas Kewangan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri dengan anggaran peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta.

3. Kelantan

Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud telah mengumumkan pemberian sebanyak RM500 kepada penjawat awam yang berada di Gred 56 dan ke bawah.

4. Kedah

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan bahawa sebanyak RM500 akan diberikan kepada 5,221 penjawat awam, dengan pembayaran dijadualkan pada Isnin. Langkah ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.61 juta.

5. Perlis

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bonus raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri yang berada di Gred 56 dan ke bawah, dan juga RM250 kepada pesara kerajaan negeri. Pembayaran akan dilakukan sebelum sambutan Aidilfitri.

Selain itu, pemberian bonus juga dipanjangkan kepada kakitangan yang dilantik secara kontrak, dengan jumlah keseluruhan peruntukan kewangan sebanyak RM650,000.

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment