Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup
Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan RM100 berbentuk bakul makanan berbanding peruntukan awal
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan RM100 kedalam MyKad. Semoga bermanfaat.
Bantuan RM100 Diberikan Secara Berperingkat
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Bantuan RM100 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
_____________________________
Bantuan Kerajaan Terkini : KLIK SINI
______________________________
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
Kadar bantuan adalah RM600 dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.
Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Kategori Yang Layak Terima Bantuan RM100
Bantuan Bakul Makanan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
·Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
·Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Tarikh Pembayaran Bantuan RM100
Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
JULAI 2023 |
RM100 |
OGOS 2023 |
RM100 |
SEPTEMBER 2023 |
RM100 |
OKTOBER 2023 |
RM100 |
NOVEMBER 2023 |
RM100 |
DISEMBER 2023 |
RM100 |
Semakan Kelayakan Melalui Portal MyKasih
Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di bawah.
Langkah 1 : Layari portal https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
Langkah 2 : Masukkan nombor MyKad
Langkah 3 : masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
Langkah 4 : Klik semak status
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.