Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2020 – Belanjawan 2020

Photo of author

By Admin

BANTUAN%2BSARA%2BHIDUP%2B2020



Berikut merupakan postingan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2020 seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia dengan membantu golongan B40..
  • Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah biasanya bermula pada Februari 2020 sehingga  Mac 2020 – Akan dikemaskini
  • Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2020 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2020. Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2020 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2020 atau status pengkreditan ke akaun tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2020.
  • Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH 2020 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai -Akan dikemaskini. Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2019 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
  • MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2020. Pemohon hendaklah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2019 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit Pemohon bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan telah mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) .

UNTUK PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE) BOLEH KE PAUTAN DIBAWAH (BSH LOGIN) :







SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
1. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus kahwin?

J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus kahwin perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:


i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan
bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah
RM4,000 dan ke bawah


ii. Pasangan
a. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan
b. Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
c. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /
d. MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia
e. (MyKad / MyKid)


iii. Anak (jika mempunyai anak)
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
2. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Ibu Bapa Tunggal /
Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak?

J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
mempunyai
anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:


i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
c. tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
d. pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah


ii. Anak
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
3. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Warga Emas Sebatang
Kara?

J: Pemohon BSH yang berstatus Warga Emas Sebatang Kara perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
ii. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke
iii. bawah. 
UNTUK PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE) BOLEH KE PAUTAN DIBAWAH :

Leave a Comment