Bantuan Subsidi RM300 Pembelian Telefon Pintar Untuk Pembelajaran Anak Dirumah

Photo of author

By Admin

PEMERKASA%2BRM300
TELE%2BPAKEJ%2BBANTUAN




Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini bantuan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180 namun, setelah pengumuman PEMERKASA oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini, bantuan subsidi pembelian telefon pintar telah dinaikkan ke RM300.

Bantuan subsidi telefon pintar RM300 ini adalah untuk memudahkan lagi pembelajaran anak-anak untuk belajar dan menjalankan pembelajaran semasa musim persekolahan di rumah.

Dengan adanya bantuan untuk membeli telefon pintar atau peranti ini sedikit sebanyak dapat melancarkan dan meringankan beban ibubapa dalam menyediakan telefon atau peranti untuk pembelajaran anak mereka.

1


Subsidi Pembelian Telefon Pintar RM300

Bantuan RM300 ini akan diterima oleh lapan juta dari golongan B40 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai pembelian telefon pintar baru atau pembelian peranti baru.

Perdana Menteri juga menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan

Kategori Yang Layak 

Di bawah pakej PEMERKASA, kerajaan akan memberikan RM300 khusus untuk
Isi rumah yang mempunyai anak bersekolah

Tarikh Pemberian Bantuan 



Program subsidi ini dijangka akan dilancarkan pada awal bulan Mei 2021

Individu dan isi rumah yang layak boleh memohon bantuan ini bernilai RM300. Setiap maklumat atau permohonan mengenai bantuan RM300 ini akan dikemaskini dalam masa terdekat. 


Kredit : JawatanHarian

Leave a Comment