Bantuan Tambahan BMT RM200 Disalurkan Januari 2024. Semak Kelayakan Sekarang

Photo of author

By Admin

Bantuan Tambahan BMT-Golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang bertarung dengan cuaca tidak menentu terutama sewaktu musim tengkujuh, turut tidak terkecuali daripada mendapat manfaat dalam Belanjawan 2023 melalui pemberian pelbagai subsidi.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi pesawah, kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

Terkini, dimaklumkan bahawa bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah ditambah kepada RM800. Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Bantuan Tambahan BMT RM200

Bantuan BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun sebelumnya. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh. Ia dikendalikan oleh agensi kerajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

photo 2024 01 15 14 59 38

Tengah Trending :

Jumlah Bantuan Tambahan BMT

Kadar bantuan BMT berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara online (EFT), iaitu terus ke akaun penerima pada November & Disember 2023 serta Januari & Februari 2024 sebanyak RM200 setiap bulan.

Bantuan Tambahan BMT

Syarat-syarat Kelayakan BMT

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

• Warganegara Malaysia
• Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
• Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
• Pemilik tanah yang sah
• 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

• Warganegara Malaysia
• Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
• Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
• 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
• Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Tarikh Bayaran BMT 2023

Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan bagi tahun 2023 dan 2024 seperti berikut:

• November / Disember 2023 – RM400
• Januari 2024 – RM200
• Februari 2024 – RM200

Bantuan Tambahan BMT

Semakan Status Kelulusan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA :

https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama 

Pautan/link untuk menyemak Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023/2024 bagi pekebun kecil getah yang berdaftar dengan LIGS : http://bmt.ligs.gov.my/

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment