BKM : Bantuan Berjumlah RM2,000 Untuk Isi Rumah Kategori B40

Photo of author

By Admin

bkm%2Bi%2Brmh


Dalam Bajet 2022, kerajaan melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan tunai bertujuan untuk meringankan kos sara hidup yang dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.

Rujuk perkongsian ini berkenaan dengan cara memohon dan syarat kelayakan untuk bantuan kategori isi rumah ini.


Isi rumah RM2,500 dan ke bawah:

  • RM2,000 : Lebih 3 orang anak
  • RM1,500 : 1-2 orang anak
  • RM1,000 : Tiada anak


Isi rumah RM2,500 – RM5,000:

  • RM800 : Lebih 3 orang anak
  • RM600 : 1-2 orang anak
  • RM400 : Tiada anak


Tambahan kadar isi rumah:

  • RM300 : Warga emas
  • RM500 : Ibu/bapa tunggal dengan tanggungan


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan BKM kategori bujang :

  1. Sudah berkahwin
  2. Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah




Tarikh Pembayaran

Setakat ini, belum ada lagi makluman untuk tarikh terperinci untuk pembayaran bantuan ini. Makluman untuk tarikh pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Data penerima untuk BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan mendapat GKP akan dimasukkan dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Anda perlu membuat permohonan baharu BKM jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala untuk penerima sedia ada yang ada sebarang perubahan maklumat, anda perlu kemas kini maklumat anda dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan Dan Pengemaskinian BKM

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat dapat dibuat bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada info dari semasa ke semasa).

image

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment