Borang Permohonan STR 2024 Fasa 1-Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda telah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Syarat Permohonan STR 2024
I) KATEGORI ISI RUMAH
Pemohon :
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan :
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak :
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
• Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
II) KATEGORI BUJANG
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Baca Juga :
- Gaji Naik RM300 & Bonus Setengah Bulan-CUEPACS
- Akaun Fleksibel KWSP : Pengeluaran KWSP Untuk Pengeluaran Kecemasan
Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:
1. Kategori Isi Rumah Pendapatan Isi Rumah kurang dari RM2,500
• Tiada Anak : 500
• 1 – 2 Anak : 500
• 3 – 4 Anak : 500
• 5 Anak atau Lebih : 500
2. Kategori Isi Rumah Pendapatan Isi Rumah RM2,501-RM5,000
• Tiada Anak : 100
• 1 – 2 Anak : 150
• 3 – 4 Anak : 250
• 5 Anak atau lebih : 300
3. Bujang & Tiada Pasangan
• Pendapatan Bujang/Warga Emas ≤ RM2,500 (Berumur 21-59 tahun /OKU 19-59 tahun) : RM100
• Pendapatan Bujang/Warga Emas ≤ RM5,000 (Berumur 60 Tahun keatas) : RM150
Semakan Status STR 2024 Fasa 1
I. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan log masuk MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
II. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
III. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
IV. Masukkan Kata Laluan
V. Klik Semakan Status
VI. Maklumat yang akan dipaparkan:
a. Status Permohonan
b. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
Fasa 2 : April 2024
Fasa 3 : Ogos 2024
Fasa 4 : November 2024
Borang STR 2024 BK-01 [1/2024]
Borang permohonan baharu STR 2024 BK-01 [1/2024] boleh diperolehi secara percuma melalui laman portal MySTR atau boleh dapatkannya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut – klik DI SINI
Penghantaran Borang Secara Manual
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut-klik DI SINI
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа