Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa 3
Seperti yang kita semua tahu BSH fasa ketiga ini akan diagihkan pada hujung bulan Julai 2020 dan berita baik juga kepada penerima bujang berkategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM120 kepada setiap orang anak yang berumur bawah 18 tahun minima 4 orang anak.
Perubahan hanya perlu dibuat sekiranya terdapat perubahan seperti dibawah :
1. Status perkahwinan ( Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan)
2. Nombor telefon bimbit dan rumah
3. Alamat surat menyurat
4. Maklumat akaun bank
5. Maklumat pasangan dan tanggungan
6. Maklumat waris
Borang Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa 3
- Untuk mengemaskini maklumat yang ada perubahan, anda perlulah mendownload borang kemaskini BSH Fasa 3 disini.
- Isikan maklumat yang betul dan tepat.
- Hantarkan borang yang telah diisi ke cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.
Kategori Dan Jumlah Bayaran BSH Fasa 3
- Isi pendapatan rumah kurang daripada RM2000 : RM600
- Isi pendapatan rumah antara RM2000-RM3000 : RM350
- Isi pendapatan rumah antara RM3000-RM4000 : RM100
- Bujang (Atas 40 Tahun) pendapatan kurang daripada RM2000 : RM400
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan kemaskini BSH Fasa 3 boleh terus ke kaunter LHDN berdekatan ataupun menghubungi talian dibawah :
- LHDN Call Centre : 1800-88-2747
- Aduan Bantuan Sara Hidup : 03-83138987 / 8988 / 8989