Cara Daftar MySPP, Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan.

Photo of author

By Admin

kontol

Untuk pengetahuan semua, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.


Keperluan Minima Menggunakan MySPP 

Sila gunakan senarai berikut untuk pengalaman yang lebih baik :
1. Gunakan Google Chrome versi 48.0.2564 dan keatas
2. Mozilla Firefox 45.0 ke atas
3. Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768
4. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar
Web anda


Cara Daftar MySPP 

1. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID (Kad Pengenalan) sebelum mengisi mySPP 

2. Anda tidak boleh menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan My Jobs Malaysia. Buat permohonan baharu
3. Klik pautan dibawah : 




Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP) (Mula Operasi 15 Julai 2020)             

Permohonan Terdahulu 

1. Permohonan anda di JobsMalaysia yang telah disahkan oleh SPP akan disimpan dalam MySPP
2. Permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru
3. Sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan
tersebut tetap akan diteruskan
4. Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran
5. Tempoh sah laku pendaftaran selama 1 tahun, jika sudah tamat tempoh maka anda perlu melakukan kemas kini


MYSPP%2B2

Terlupa Kata Laluan

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-


(a) Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau 
(b) Alamat Pada Kad Pengenalan. 

Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR. 

Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID. 

Bagi pilihan (b), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti maklumat dalam Kad Pengenalan. 

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. 

Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.

Maklumat dan Pertanyaan

Jika anda menghadapi masalah dan sebarang pertanyaan sila hubungi Hotline MySPP (Mula operasi 15 Julai 2020)

1. 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
2. Isnin – Jumaat:
3. 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Leave a Comment