Cara Mohon BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel (Persendirian & Pekebun Kecil)

Photo of author

By Admin

Cara Mohon BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel (Persendirian & Pekebun Kecil)

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dimana, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Erti kata lain, bermula Jun 2024, tiada lagi subsidi untuk bahan api diesel, tetapi ianya disasarkan kepada golongan yang layak sahaja.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Syarat Permohonan SKDS & Jenis Kenderaan Yang Layak

SKDS 1.0 : 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam

  1. Bas sekolah
  2. Bas Ekspres
  3. Bas Henti-henti
  4. Bas Pengantara
  5. Bas Mini
  6. Kereta Sewa
  7. Teksi
  8. Van / Lori Mayat
  9. Ambulans
  10. Bomba

SKDS 2.0 Fasa 1 : 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan

  1. Lori Rigid – Kargo Am
  2. Penggerak Utama
  3. Lori Rigid – Luton / Kotak
  4. Lori Rigid – Tangki Air
  5. Lori Rigid – Minuman Botol
  6. Lori Rigid – Refrigerated
  7. Lori Rigid – Tangki Tepung
  8. Window Van
  9. Panel Van

SKDS 2.0 Fasa II : Pertambahan 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan Baharu

  1. Lori Rigid – Curtainsider
  2. Lori Rigid – Hasil Pertanian
  3. Lori Rigid – Kandang Haiwan
  4. Lori Rigid – Kombinasi
  5. Lori Rigid – Open Platform
  6. Lori Tangki Rigid – Minuman
  7. Lori Rigid – Sampah
  8. Bas – Food Catering
  9. Van – Food Catering
  10. Lori – Food Catering
  11. Semi – Panel Van
  12. Bas – Perkhidmatan Bergerak
  13. Van – Perkhidmatan Bergerak
  14. Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak

photo 2024 06 15 16 56 12

Baca Juga: Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Julai 2024~Pelbagai Jawatan Kosong.

Cara Mohon SKDS 2.0-Mohon BUDI Madani

1. Permohonan untuk SKDS II ini boleh dibuat melalui https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
2. Maklumat diperlukan adalah:

  • butiran maklumat syarikat
  • nombor pendaftaran kenderaan
  • pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.

3. Kelulusan adalah serta-merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
4. Syarikat akan menerima 2 dokumen:

  • Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi
  • Senarai Kenderaan yang diluluskan

photo 2024 07 04 18 17 10

Cara Mohon BUDI MADANI Secara Online

Permohonan boleh dibuat bermula 28 Mei 2024 dan dibuka setiap tahun.

Untuk permulaan, permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024, bantuan pertama akan disalurkan pada pertengahan Jun 2024. Manakala yang diluluskan selepas 3 Jun, akan menerima dalam tempoh dua minggu. Tapi selepas ini, akan disalurkan secara bulanan.

Berikut merupakan cara mohon BUDI MADANI secara online bagi kategori Individu dan Agri-Komoditi. Cara permohonan hampir sama sahaja. Dibawah akan ditunjukkan cara mohon BUDI untuk kategori individu.

1. Pergi ke laman web https://budimadani.gov.my/ dan klik ‘Mohon Di Sini’ bagi kategori yang anda mohon (Individu atau Agri-Komoditi)

cara mohon budi madani

2. Masukkan no. MyKad anda dan klik ‘Semak’. Jika tiada data lagi, klik ‘Daftar Akaun

cara mohon budi madani

3. Lengkapkan butiran diri seperti no. kad pengenalan, nama penuh, emel dan password. Jika sudah lengkap, klik ‘Daftar

cara mohon budi madani

4. Anda akan menerima emel bagi tujuan pengesahan. Klik sahaja pada link yang diberikan dan anda akan dibawa ke halaman utama BUDI MADANI.

5. Pilih ‘Permohonan BUDI Individu

6. Disini sekali lagi anda perlu penuhkan butiran peribadi termasuk maklumat kenderaan diesel yang anda ada:

  • Nama
  • No. telefon bimbit
  • Nama bank
  • No. akaun bank
  • Nombor plat kenderaan
  • Tarikh luput cukai jalan
  • Jenama/model kenderaan
  • Kelas kegunaan kenderaan

Untuk kategori petani dan pekebun kecil, anda perlu masukkan no. cukai pendapatan, sektor pertanian, jumlah pendapatan kasar dan bersi tahunan serta luas kawasan aktviti pertanian

Jika sudah lengkap, klik ‘Teruskan

cara mohon budi madani

7. Anda perlu buat pengesahan terlebih dahulu. Akhir sekali, jika sudah lengkap, boleh klik ‘Hantar

cara mohon budi madani

8. Selesai! Anda boleh cetak permohonan atau semak status yang boleh dibuat dari semasa ke semasa.

Diharapkan perkongsian cara mohon BUDI MADANI iaitu program Bantuan Subsidi Diesel ini bermanfaat untuk anda. Selepas ini, hanya rakyat Malaysia sahaja yang layak untuk menerima subsidi diesel.

Pembayaran Tunai SKDS 2.0

Bermula 1 Julai 2024, permohonan bayaran semula secara tunai dibuka.

Ini adalah khusus bagi pemilik kenderaan di bawah SKDS 2.0 yang masih belum menerima ‘fleet card’.

Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan.

photo 2024 07 04 18 44 31

Terma dan syarat adalah seperti berikut:

  1. Permohonan SKDS 2.0 sudah diluluskan KPDN sebelum 30 Jun 2024.
  2. Belum menerima fleet card.
  3. Tertakluk kepada had liter ditetapkan. Resit asal pembelian perlu disimpan untuk audit.
  4. Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan.

photo 2024 07 04 18 44 35

Artikel Berkaitan: STR Bujang RM350: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan

Tempoh permohonan

Syarikat pengangkutan yang terlibat bagi kesemua 14 jenis kenderaan barangan tambahan ini boleh membuat permohonan subsidi diesel melalui Sistem MySubsidi Diesel SKDS 2.0 bermula pada hari Isnin, 13 Mei 2024, jam 10.00 pagi.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan subsidi diesel SKDS 2.0 boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

Bagi sebarang persoalan mengenai permohonan Fleet Card syarikat-syarikat minyak boleh terus dirujuk melalui platform perhubungan seperti

  • Petronas (1-300-88-8181)
  • Shell (1-300-22-8181)
  • Petron (1-800-88-8298)
  • Caltex (1-800-88-3168)
  • BHP (03-77199499)

Rujukan :

Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid02PkK8wk3T2jGWABqrL8QkqdL3BmYsDZ5ztiD6cZhQssnK2ZFrHyFypbPnvsgnkLtrl)

Facebook rasmi KPDN (https://www.facebook.com/kpdnksh/posts/pfbid0qZatfYMkQsijrqaA6vbipUAu1G1sLKtHs3BGXr5BjVLhmU5wt8Y6Fitg1azknQF1l)

Leave a Comment