CEO KWSP Umum Berita Gembira Kepada Pencarum

Photo of author

By Admin

KWSP%20BERITA%20GEMBIRA
telegram%20pmk

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana persaraan utama di Malaysia yang membantu ahli mencapai persaraan yang selesa.

KWSP mempunyai visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik dan melindungi simpanan ahli.



KWSP telah berkembang dari sebuah organisasi transaksi ke sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan.

Pengumuman CEO KWSP

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengumukan untuk mempertimbang menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu memandangkan ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela sahaja.

amir%20hamzah
(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan)



Perkara ini dilihat sebagai satu peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik dan berhemat berbanding mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sekaligus.

Dalam masa sama beliau berkata, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
_________________________
Info Jawatan Kosong Kerajaan : KLIK SINI



_________________________

“Kita sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli KWSP yang sudah mencecah usia persaraan 55 tahun untuk sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian tetapi, kita memerlukan perbincangan lanjut dengan kerajaan dan kajian yang lebih teliti sebelum melaksanakan perkara ini secara mandatori,” ujarnya.



“Namun, ahli yang memilih pengeluaran secara bulanan masih tidak ramai dan ini adalah ruang untuk kami perlu promosi dengan lebih lagi,” katanya lagi kepada pemberita semasa Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Rabu.

Pеnаfіаn



Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.


Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Kredit : Trivia.my

Leave a Comment