eMadani Shopee : “Cara Claim” Bantuan Kredit eWallet RM100 ShoppeePay

Photo of author

By Admin

eMadani Shopee-eMADANI sudah tiba, dan Shopee / ShopeePay adalah salah satu e-Dompet rasminya. Jom kita ketahui lebih lanjut tentang eWallet ini dan jangan lupa sahkan (verify) akaun Shopee anda sebagai persediaan awal untuk membuat penebusan.

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Berikut disediakan cara-cara tebus kredit eWallet RM100 bantuan kerajaan yang boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Semoga bermanfaat.

Join Telegram Rasmi untuk lebih info bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Syarat Kelayakan Bantuan Kredit eMADANI Shopee

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
3. Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
4. Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
5. Telah membuat pengesahan kad pengenalan

Tarikh Penebusan RM100 eMADANI Shopee

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Cara ‘Claim’ RM100 eMADANI di Shopee

Untuk menikmati baucar tambahan RM600 daripada Shopee apabila korang tebus eMADANI RM100, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan seperti berikut:

1. Buka aplikasi Shopee dan klik ikon eMADANI di laman utama
2. Aktifkan & sahkan ShopeePay dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda
3. Setelah IC anda disahkan, kredit eMADANI RM100 anda akan dikreditkan ke e-wallet ShopeePay anda dalam tempoh 3 hari bekerja.
4. Selepas mendapatkan kredit eMADANI anda, anda boleh menuntut baucar ekstra bernilai RM600 di Shopee.

emadani shoppeepay

Korang juga boleh merujuk pautan INI untuk mendapatkan langkah-langkah tersebut melalui platform Shopee.

Tambahan RM600 Baucar eMADANI Shopee Dijamin

Bagi tambahan baucar RM600 dijamin apabila korang menebus eMADANI di Shopee, dan ianya dibahagikan kepada beberapa amaun yang telah diperuntukkan.

1. Baucar Shopee sehingga RM356 (ShopeeMall, Preferred Sellers, ShopeeLive, Penghantaran Percuma dan Pulangan Syiling)
2. Baucar ShopeeFood sehingga RM155
3. Baucar SPayLater sehingga RM50
4. Baucar Insurans Kereta sehingga RM30

Bagi baucar SPayLater RM50, ianya boleh digunakan sama ada di aplikasi Shopee ataupun kedai fizikal, sehingga 12 bulan ansuran. Pengguna juga boleh imbas dan bayar dengan menggunakan SPayLater sehingga 1.8 Mil DuitNow QR peniaga & jenama utama seperti 99 Speedmart, Mydin, Mr DIY, Petron, Tealive, Lotus’s dan banyak lagi.

Sebelum itu, jom kita lihat cara untuk menebus bantuan ini di samping menikmati baucar Shopee sebanyak RM600.

emadani shoppeepay

Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit RM100 eMADANI Shopee

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

• Pemindahan ‘peer-to-peer’;
• Penebusan tunai;
• Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
• Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
• Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment