Gaji Pekerja Naik 5.1% Pada Tahun 2024 Menurut Kajian Mercer

Photo of author

By Admin

Gaji Pekerja Naik 5.1%-Rakyat Malaysia bakal ada kenaikan gaji 2024 naik 5.1%. Ini adalah merujuk kepada kajian jumlah saraan tahun 2023 Mercer. Walaubagaimanapun, dicatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding purata 5.2 peratus di Asia yang mana akan diperlihatkan pergerakan gaji yang mempunyai perbezaan antara negara membangun dan maju di rantau negara Malaysia.

Sehubungan itu, kita bakal menyaksikan kenaikan purata gaji 2024 naik 5.1% dan ia akan memberi keseimbangan antara gaji dan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Prestasi Ekonomi Tetapkan Gaji Pekerja Naik 5.1% Tahun 2024

Menurut Koay Gim Soon, Ketua Pasaran Mercer Malaysia mengatakan bahawa pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan unjuran yang positif serta memperlihatkan trend kenaikan gaji walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi sederhana untuk tahu 2023 berbanding tahun 2022.

Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta sektor individu merupakan sebahagian kebanyakannya telah kembali meningkat seperti para sebelum pandemik COVID19 serta pelbagai petanda positif ekonomi bakal meningkat tahun seterusnya.

Melalui kajian ini juga, terdapat lebih separuh daripada peserta dalam kajian Mercer ini menyatakan kesudian dalam meningkatkan peruntukan penggajian pada 2023 dan tidak hairan sekiranya gaji 2024 naik 5.1% kerana terdapatnya isyarat yang positif untuk syarikat dan pekerja.

Untuk pengetahuan, kajian Mercer ini telah berlansung daripada April sehingga Jun tahun 2023 untuk mengumpulkan data daripada sebanyak 668 syarikat multinasional (MNC) yang melibatkan 15 industri utama di Malaysia.

Gaji Pekerja

Nota : Secara umumnya, kenaikan gaji media di Malaysia telah menunjukkan trend peningkatan daripada 4.8% tahun 2022 kepada 5.0% untuk tahun 2023

Tengah Trending :

Peningkatan Kadar Gaji Pekerja Di Beberapa Negara Asia

Melalui kajian oleh Mercer itu juga menunjukkan beberapa negara bakal merekodkan unjuran peningkatan gaji tertinggi untuk tahun 2024. Berikut adalah senarai negara yang bakal ada kenaikan gaji:

Negara Peratusan Kenaikkan
Malaysia 5.1%
India 9.3%
Jepun 2.6%
Vietnam 7.0%
Taiwan 3.8%
Indonesia 6.5%
Hong Kong 3.9%
China 5.2%
Filipina 5.7%
Thailand 4.7%
Singapura 4.2%
Korea Selatan 4.4%

Jadual diatas menunjukkan India, Vietnam dan Indonesia dijangka akan merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada tahun 2024, masing-masing pada 9.3% , 7.0% dan 6.5%

Untuk Jepun, Taiwan dan Hong Kong dijangka akan mencatat paras terendah iaitu masing-masing pada kadar 2.6%, 3.8% dan 3.9%. Negara Malaysia Gaji 2024 Naik 5.1%

Manakala, untuk negara lain yang tersenarai dalam jadual adalah negara Filipina iaitu sebanyak 5.7%, China 5.2%, Thailand 4.7%, Korea Selatan 4.4% dan 4.2% bagi Singapura.

Bayaran Bonus Seluruh Industri Tahun 2023

Dari segi bayaran bonus di seluruh industri pada 2023, kajian Mercer mendapati nilai median yang konsisten dengan purata 2.2 kali ganda gaji pokok bulanan.

Sektor perkhidmatan bersama dan penyumberluaran berjaya mengekalkan unjuran bonus tertinggi sebanyak 2.4 bulan, tetapi industri runcit dijangka mengalami penyusutan ketara daripada 2.5 bulan pada tahun 2022 kepada 1.5 bulan pada tahun 2023.

Gaji Pekerja

Melalui penyelarasan ini menunjukkan paras bonus telah kembali seperti sebelum pandemik selepas syarikat runcit memberi bonus lebih tinggi berbanding kebiasaan pada 2022 berikutan pemulihan pasca pandemik COVID19.

Untuk sektor teknologi tinggi pula mencatat peningkatan ketara unjuran bonus,kenaikan kepada 2.2 bulan pada 2023 berbanding 1.8 bulan pada 2022.

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Kredit : Sistem Guru Online

Leave a Comment