Pada hari ini, ASB membolehkan pelabur untuk mengeluarkan wang secara atas talian (online) melalui portal MyASB
Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan. Manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran sebanyak RM100. Hanya tiga kali pengeluaran dibenarkan dalam tempoh sebulan.
Tiada sebarang caj dikenakan.
Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
Untuk waktu urusniaga, masih beroperasi seperti biasa :
Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
Wang akan dimasukkan ke akaun pada hari berikutnya.
Hanya pengguna yang berdaftar di MyASNB sahaja boleh menggunakan kemudahan ini.
Berikut adalah langkah-langkah membuat pengeluaran tersebut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.
Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.
Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.
Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.
ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.