Majikan wajib membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.
Kementerian Sumber Manusia menerusi soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan memaklumkan majikan yang enggan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh itu, mereka boleh mengemuka aduan secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Pekerja perlu mengemuka maklumat lengkap berkenaan aduan berkenaan bagi memudahkan pengurusan JTK mengambil tindakan sewajarnya.
Malah, pekerja boleh hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Siasatan ke atas setiap aduan hanya akan dijalankan selepas tempoh perintah tamat.
Pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan.
Bagi pekerja yang upahnya tidak tetap, kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020.
Majikan juga tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh perintah kerana ia dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bagaimanapun, pekerja tidak layak menuntut insentif RM600 seperti yang diumumkan kerajaan kerana tempoh kelayakan untuk mendapatkan insentif itu ialah sebulan.
Bagi pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, majikan tetap perlu membayar gaji serta elaun seperti biasa dan jika ingkar, itu kesalahan mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
saya sedang alami masalah majikan tidak membayar gaji kpd saya. dan saya masih menunggu bayaran dari majikan. saya berkerja sebagai pembantu dapur di sebuah kedai bakery dgn gaji bulanan rm800 sebulan tanpa potongan kwsp. majikan memberi alasan tiada jualan masuk waktu PKP. apakah yg patut sy buat skrg?
Majikan saya tidak membayar gaji sepanjang pkp..saya bergaji harian..ape patut saya buat???
Sy pun sama majikan x nk byar.sy Kerja sebagai Roadcare..tlg ape yg patut sy buat sekarang
Salam, mcm mana pekerja yg disuruh cuti 1 bulan nie Dan diberi imbuhn Rm 600, Di sbkn ada PM bg peruntukan yg Rm 600 kepada 1200.. Tp company bg 600 je
Buat laporan polis…nnti polis akan berhubung dgn kemeterian sumber manusia…jgn tggu bertindak dgn segera
Abis mcm saya bru kerja sebagai teller mcm mcm ? Partime gaji tetap jalan atau tidak???? Sedih lah
Suami saya keje di besi buruk gaji harian…. Skrg kedai tutup n gaji x de jalan… Bos dia ckp kdai tutup x de perniagaan…. So skrg suami saya x tahu nak bt ape. Kwsp n sosco c de
Suami sya punya gaji bulanan ada tpi hnya di bgi rm600 ja tdk di bgi gaji asal..rm1500..