MyKasih Bujang 2024 : Semakan Status & Jadual Pembayaran

Photo of author

By Admin

MyKasih Bujang 2024-Tahukah anda, yang golongan bujang layak menerima bantuan kewangan dibawah program MyKasih mengikut kategori yang ditetapkan? Kerajaan mewujudkan bantuan khas untuk golongan bujang melalui MyKasih untuk membantu meringankan bebanan mengangkat taraf ekonomi golongan bujang.

Bantuan ini tidak diberikan secara tunai atau ‘cash’, namun ianya akan disalurkan kedalam MyKad setiap bulan untuk membeli makanan keperluan asas di kedai/pasaraya terpilih.

Antara soalan yang kerap ditanya, berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan dan bagaimana untuk semak kelayakan bantuan MyKasih ini.

Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan MyKasih 2024 untuk golongan bujang. Semoga bermanfaat.

Join Platform Rasmi kami untuk info bantuan semasa!👉KLIK SINI👈

MyKasih Bujang 2024

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Program MyKasih Bujang 2024 atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar.

Pelaksanaan bantuan ini telah ditambah baik bagi memenuhi segala keperluan barangan asas bermula Januari – Disember 2024 dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

mykasih 1

Tengah Trending :

Syarat Kelayakan MyKasih Bujang 2024

Bantuan MyKasih Bujang adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

• Warganegara Malaysia;
• Berumur 21 hingga 59 tahun;
• Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
• Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
• Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bantuan MyKasih Bujang 2024

Berikut merupakan kadar bantuan MyKasih yang bakal diterima oleh golongan Bujang :

• RM600

Elaun bulanan RM50 akan diberikan kepada Bujang selama setahun. Mereka boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang asas terpilih.

mykasih bujang semakan 3

Jadual Pembayaran Bantuan MyKasih Bujang 2024

Penerima akan mendapat pembayaran pertama pada 22 Januari 2024. Selepas itu, pembayaran akan dimasukkan ke akaun MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan mengikut jadual berikut:

jadual mykasih bujang

Cara Memohon MyKasih Bujang 2024

Kami ingin memaklumkan bahawa anda tidak perlu memohon Kelayakan SARA kerana ia diberikan secara automatik kepada mereka yang tergolong dalam kategori Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 dan yang telah lulus STR 2024 sahaja.

Semakan Melalui Portal MyKasih Bujang 2024

Untuk membuat semakan secara online, golongan bujang boleh mengakses portal MyKasih dengan langkah-langkah seperti di bawah:

Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

photo 2024 02 12 19 37 01

Maklumat berikut akan dikandungi dalam status yang diberikan kepada penerima yang layak;

• Status – Layak
• Jumlah baki terkini
• Nama
• Nombor MyKad
• Program bermula
• Program berakhir

Nota : Jika anda layak, akan mendapat SMS atau WhatsApp daripada MyKasih yang mengesahkan status anda di bawah program ini. Anda juga akan diberitahu tarikh dan masa untuk menghadiri sesi orientasi di kedai runcit berdekatan.

Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

• Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
• Email : [email protected]
• Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Channel Telegram untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment