Kerajaan sebelum ini telah melancarkan satu lagi program bantuan untuk orang ramai mendapatkan lesen B2 secara percuma iaitu MyLesen B2.
Program ini membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini.
Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen 2023
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Setakat ini, seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara layak menyertai program MyLesen yang dikhususkan untuk Lesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan pada 30 Mei 2023 yang lalu. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Info Bantuan Kerajaan : KLIK SINI
_________________________
Syarat Kelayakan Bantuan MyLesen 2023
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 16 tahun ke atas
3. Sihat tubuh badan & mental
4. Belum memiliki sebarang lesen memandu
5. Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
6. Tanggungan kepada penerima layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :
06-251 4049 / 06 – 251 4050
9.00 pagi hingga 4.00 petang
Bahagian Pelesenan Melaka
Tempoh Latihan
Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh peserta program ini adalah seperti berikut:
Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
Pra Ujian (QTI)- 30 minit
Ujian JPJ
Tatacara Pendaftaran
Untuk mendaftar, pemohon perlu mendaftar mengikut negeri masing-masing:
i) Perak
https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing
ii) Pahang
Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui:
Kompleks JPJ Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Pejabat Cawangan JPJ Pahang
iii) Melaka
Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat JPJ Negeri Melaka.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html atau https://www.jpj.gov.my/
.
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.