Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM500 Sebulan Bermula 1 April 2020

Photo of author

By Admin

COVID 19%2B %2BPENCARUM%2BKWSP




Untuk makluman Perdana Menteri telah mengumumkan yang pencarum KWSP dibenarkan untuk keluarkan RM500 sebulan dari akaun 2. Pengumuman ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat COVID-19.

Menurut PM, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akau
n 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.


Dapat Meringankan Kos Sara Hidup Semasa PKP


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan, bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, beliau berkata, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 bilion.

Beliau berkata, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Dapat Digunakan Untuk Kebaikkan




“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.




Muhyiddin berkata, inisiatif itu merupakan langkah yang telah diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.


Sumber Kerjaya.co, Awani

Leave a Comment